Friday, July 30, 2010

Tolong comment! TOLONGLAH!

Salam. Kepada pembaca saya tolong tinggalkan comment.
Terima kasih.

Hari Lahir kawan saya, Donovan


Donovan, kawan karib saya. Dua minggu yang lalu dia mengajak saya ke rumah dia untuk menyambut hari lahirnya. Kita bersuka-ria dan bermain permainan dia seperti wii! Semua orang memakai baju selekeh. Saya yang memakai baju seperti ke kenduri. Hahaha! Malu saya.

Dia ada banyak pisang kerana dia dipanggil 'Pisang'!

Pondan! Geli aku!

Tempoh hari saya ke kedai 'Popular' terletak di stesen MRT Jurong East. Semasa berjalan ke sana saya ternampak seorang lelaki yang berjalan dan bercakap macam PEREMPUAN. Tetapi saya tidak terkejut kerana itu bukan kali pertama saya nampak seorang pondan. Pertama kali saya ternampak 'itu' ialah di Jakarta, Inidonesia. Pondan itu bukan aje berjalan dan bercakap macam perempuan. Dia juga memakai CHOLI dan ada Make-up! Haiz.... kenapa dengan dunia sekarang ni?

Peperiksaan Akhir Tahun(PSLE)


Argh!!! Psle sudah dekat! saya telah membuat persiapan tetapi saya masih berasa takut. Kadang-kadang saya berasa takut sampai saya kencing di seluar saya! Haiz..... Tetapi, selepas PSLE saya akan menjadi gila. Saya akan lari berbogel dan pergi 'enjoy'. Hehe. Selepas PSLE saya hendak menonton wayang dengan rakan-rakan saya. Tidak apa, saya akan kerja keras sekarang jadi saya boleh 'shiok' sendiri nanti. WOOOHOOO!

Hari Kebangsaan 2010


Saya berasa tidak sabar kerana saya ingin menyambut Hari Jadi Singapura! Saya telah menjawab 2 soalan tentang NDP dan saya harap saya akan memenangi tiket untuk 2. Walaupun saya telah ke latihannya tahun lalu, saya masih hendak melihat lagi. Tujuan utama saya hendak ke sana ialah untuk melihat askar-aska
r dan kereta kebal. HeHeHe.

Call Of Duty Modern Warfare 2


Call of duty modern warfare 2 adalah permainan video kegemaran saya. Saya suka permainan itu kerana ada banyak senjata yang canggih seperti anda yang lihat di sana.Video grafiknya pun HEBAT!

Cerita ini tentang perang. Seorang pengganas bernama Makarov tiada nila-nilai. Dia menukar darah untuk duit. Bermakna dia bunuh orang untuk dapat duit. Dia telah menyebabkan Russia berperang dengan Amerika Syarikat. Bagaimana? Begini, ada seorang warga Amerika yang bernama Allen. Dia berkerja untuk CIA(Central Intelligence Agency) untuk mendapat informasi tentang Makarov. Selepas MEMBUNUH SERATUS ORANG di lapangan terbang terletak di Russia, Makarov membunuh Allen kerana Allen seorang warga Amerika. Makarov hendak fitnahkan Amerika bahawa Amerika yang membunuh orang. Jadi Russia dengan Amerika berperang.

Nama senjata itu Intervention........ WOW!


Apakah yang membuat askar yang baik? Adakah ia otaknya atau hatinya?


Apakah yang membuat seorang askar yang bagus? Adakah ia otaknya atau hatinya? Saya rasa soalan ini adalah peribadi anda. Pada pendapat saya, otaknya. Saya dapat soalan ini dari permainan video saya iatu Band In Arms: Hell's Highway. Soalan bagus kan?